Tuesday, June 21, 2011

The Antarctic ini terletak di christchurch,new zealand iaitu...















The Antarctic ini terletak di christchurch,new zealand iaitu kira-kira 500 meter dari Christchurch airport..The Antartic ini dibina bagi memberi pengetahuan kepada pengunjung yang hadir ke sini bahawa mengisahkan tentang kehidupan dan alam sekitar di Antartika.. 

Penguin amat terkenal di Antartika dan oleh itu Antarctic menyediakan pembelajaran khas mengenai Penguin..Pengalaman saya masuk Ke The Antarctic ini merupakan pengalaman berharga apabila dapat menaiki Hagglund iaitu sebuah kenderaan yang digunakan di kutub utara atau selatan yang berjalan diatas salji. 

Di The Antarctic ini anda akan dapat merasai pengalaman kehidupan penguin iaitu di bilik khas yang direka oleh The Antarctic dengan suhu bilik mencecah sehingga -15 darjah celcius iaitu suhu di antartika..di The Antarctic juga mempunyai Extreme 4D theatre yang menayangkan cerita Kehidupan Penguin pelbagai lagi.. 

theatre disini amat cangih sekali kerana mempunyai buih,salji dan air yang keluar memercik kepada penonton serta tayangan 4D yang hebat membuatkan semua orang yang melihat pasti akan terpengun dengan keindahan tayangan theatre tersebut..jadi kepada yang datang ke christchurch..anda perlulah pergi ke sini dan ia sangat best sekali !! 
for more info about The Antarctic (click here) 

0 comments:

Post a Comment

 
Themes by ASRock Jok Tekamok - Privacy Policy - Sitemap